Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
Syarat Permohonan
Insentif yuran RM50 setiap bulan dan akan disalurkan kepada tadika
Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
Lahir/Mastautin di Selangor
Pengundi berdaftar di Selangor
Tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, JAIS, PERPADUAN, dan KEMAS
Dokumen Sokongan
Pemohon
Gambar Kad Pengenalan (depan & belakang).
Dokumen Pengesahan Daftar Pemilih (SPR).
Slip Gaji Pemohon(jika sedang bekerja).
Akuan Pendapatan Pemohon(jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)yang disahkan oleh (ADUN/Ahli Parlimen/Ketua Kampung/Ketua Komuniti/Pesuruhjaya Sumpah).
Salinan Sijil Kematian/Sijil Cerai(jika perlu).
Pasangan (jika berkahwin)
Gambar Kad Pengenalan (depan & belakang) / Passport Pasangan.
Slip Gaji Pasangan(jika sedang bekerja).
Akuan Pendapatan Pemohon(jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)yang disahkan oleh (ADUN/Ahli Parlimen/Ketua Kampung/Ketua Komuniti/Pesuruhjaya Sumpah).
Bagi Setiap Anak
Sijil Lahir Anak.
Gambar / Salinan Resit Pendaftaran Tadika.
Salinan Perakuan Anak Angkat(jika perlu).
Sila Ambil Perhatian:
Sediakan Dokumen: Sila pastikan semua dokumen sokongan telah disediakan terlebih dahulu bagi melancarkan proses permohonan TUNAS anda.
Muat Naik Dokumen: Semua dokumen tersebut wajib dimuat naik ke dalam sistem semasa permohonan dibuat.
Tiada Serahan Fizikal: Anda tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen (fizikal) ke pejabat YAWAS.